Panduan:
Akhlak ialah perangai yang
baik sama ada perkataan, perbuatan atau dalam hati.
Untuk mempelajari akhlak
yang baik mesti merujuk kepada kitab al hadith atau sunnah nabi.
Manusia menilai akhlak baik sesama
manusia melalui akhlak luaran. Perkataan dan perbuatan.
Allah menilai akhlak manusia
bergantung kepada hati. Iaitu perangai hati.
Akhlak baik sesama manusia
seperti memberi salam, sopan santun, merendah diri, sederhana, adil,
bertanggung jawab, ramah mesera, toleransi, banyak mendengar, pemurah, pendamai
dan sebagainya.
Akhlak buruk sesama manusia
seperti menumpat, mencela, zalim, membazir, suka bercakap, tamak, gopoh, mengorat,
zina, penipu, bunuh, arak, rompak, ragut, dusta, tidak amanah, menindas dan
sebagainya.
Akhlak baik kepada Allah SWT
seperti solat, zikir, doa, tasbih, iktikaf, syukur, ikhlas, sabar, zuhud,
mengingati mati, tawakkal, redha, tenang, mutmainnah, takwa, khusuk dalam
solat, membaca al quran dan sebagainya.
Akhlak buruk kepada Allah
SWT seperti syirik, khurafat, bid’ah, kufur, fasiq, bakhil, takabur, riya’, ‘ujub,
marah, dengki, hasad, mengeluh, memusuhi nabi, memusuhi malaikat, mempermainkan
hukum Allah, panjang angan-angan, takut menghadapi maut, bimbang kepada rezeki,
meremehkan kewajipan agama.
Penghujung akhlak ialah kita meletakkan diri kita
sebagai hamba Allah SWT yang sentiasa ikhlas kepadaNya.